3 KESEDIHAN
KESEDIHAN 1
Kekalahan teruk PAS dalam pilihanraya ke 11, malah negeri Terengganu bertukar tangan. Serta ketelusan SPR yang kian diragui! Ini tarbiyah untuk mengatur strategi yang lebih mapan! Pasti ada hikmahnya.
KESEDIHAN 2
(pakdi saya amik gambar di website awak)
Kesyahidan pemimpin HAMAS, Syeikh Hussain yang dibedil Israel ketika perjalanan pulang dari masjid. Serasa satu dunia menangisi pemergian tokoh terbilang ini. (saya cuba dapatkan riwayat kisah hidup beliau nanti)
KESEDIHAN 3
Kesedihan yang bergulung-gulung melanda hati dan jantung saya. Result sem2 dah release! Pointer saya menurun meski sudah diagak. Tapi paling mengecewakan subject yang ditarget tersasar. Terutama Family Law dan Probate. Agak terkilan, malah tercari-cari dimana silapnya. Serasa saya sudah perform yang terbaik ketika final. Berkira-kira mahu recheck balik result saya. Recheck atau tidak? Criminal Law usah dikata,jauh tersasar dari yang ditarget. Mujur subject syariah Quranic Ayat III, dan Islamic Criminal Law I tidak pernah menghampakan saya, benar tendency saya lebih kepada syariah. Namun syukur tetap dipanjatkan lantaran result masih melepasi piawaian saya. Alhamdullillah. Allahu Akbar!
Anda pernah mengalami begini? Mimpi akan result exam anda? Itu yang selalu berlaku pada saya, malah setiap kali released result, pasti saya akan termimpi dahulu, dari sekolah menengah hingga sekarang. malam semalam saya bermimpi lagi, dan 2 angka depan pointer saya sama macam yang dimimpi. Cuma angka 2 yang di belakang saja tidak sama, sipi-sipi saja. Malah semasa di sem 1 1st year saya mimpi soalan exam Quranic Ayat I, dan ternyata yang dimimpi keluar exam. Pernahkah anda mengalaminya?
Ah, leceh sekali, result ini terpaksa dipos ke education unit petronas!
Syukur saja, ya huda. sujud syukur pada Allah.
-------------------
e-mel
From : ahamad halim
Sent : Wednesday, March 24, 2004 6:15:16 AM
To : huda_soid@hotmail.com
Subject : Pertanyaan
Assalamualaikum.
Saya ada masuk web http://www.hudasoid.blogspot.com/. Boleh terangkan pasal web
tersebut. Orang asing boleh subscribe ke.
Dengar cerita Didakwa AuKU. Saya harap awak dapat bersabar.
Terima Kasih
huda soid: hudasoid.blogspot.com ialah cuma sekadar jurnal online dan boleh di view oleh public. Saya tidak ditangkap atau didakwa auku, sekadar mengandaikan itu yang akan terjadi jika saya berkempen untuk parti pembangkang, sedangkan anak shahrizat jalil, tidak dikenakan apa-apa hukuman malahan diberi publisiti. Auku yang saya kira berat sebelah. Apa-apa pun terima kasih atas kunjungan anda
From : anuar kamaruddin
Sent : Monday, March 15, 2004 3:50:49 PM
To : huda_soid@hotmail.com
Subject : Ucapan
Assalamualikum Huda,
Pertama kali terjumpa laman kamu malam ini, 11.15, ingin sekali saya kejutkan isteri yang sedang tidur. Tidak mengapa, saya akan layari lagi di lain kali.
SubhanaAllah, semoga kamu akan berjaya dunia dan akhirat.
Sekian. Wassalam.
Anuar Kamaruddin.
Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah.
huda soid: terima kasih kerana mengunjungi blog saya yang tidak seberapa.
From : Eryan N Ali
Sent : Monday, February 23, 2004 5:18:41 PM
To : huda_soid@hotmail.com
Subject : Salaam..
Assalamualaikum
Saya Eryan dari S'pore. Sebenarnya, saya sedang mencari artikel2 tentang Nurul Huda Gani yg diperkosa bulan lepas dan saya terjumpa webjournal awak. Saya tertarik dengan layout dan isi kandung blog awak. Sebenarnya, Nurul tu adik sepupu saya, jadi saya nak kumpul artikel2 dari lelaman berita M'sia. Anyway, I really like your layout. Very simple, pretty and lembut sekali. And you have intellectual contents there. Nice. Take care.
Ery
www.xanga.com/Eryski
hudasoid: saudara eryan, maaf atas kelewatan membalas mel dari anda. Harap dapat mendengar komentar dari awak juga
0 Comments:
Post a Comment
<< Home