Monday, March 22, 2004

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Hrkh) – Keputusan terakhir kiraan semula bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh menyaksikan, calon KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya lalu.

Beliau mendapat undi sebanyak 21,737 menewaskan calon BN, Pirdaus Ismail yang hanya mendapat sebanyak 21,147 dengan majority 590.

CORAT CORET PILIHANRAYA

1- Khabarnya Pirdaus akan menyaman SPR atas kesilapan mengira undi bagi Parlimen Permatang Pauh. SPR kali ini paling baik dalam sejarah?

2- Seorang pengulas yang diundang oleh tv3 alias media rasmi Barisan Nasional, memberi komen tentang faktor kejayaan BN di Terengganu adalah disebabkan akhbar PAS tidak menyeluruh ke semua rakyat, rakyat lebih tertumpu kepada surat khabar utusan dan berita harian serta siaran televisyen. Kadangkala saya rasa pengulas politik juga agak bodoh, kenyataannya jelas membuktikan yang media masa begitu bias kepada Barisan nasional sedangkan SPR mendakwa media massa adalh begitu seimbang.

3- Sepupu saya akibat terlibat dengan projek pembinaan KUKUM di Perlis, dia terpaksa diarahkan bertugas sempena pilihanraya di Perlis. Tugasnya memerhati staf kerajaan dan pelajar-pelajar ipta yang terlibat berkempen untuk parti pembangkang.

Petikan akhbar harian metro: Sabtu,20 Mac 2004
(sambil gambar terpampang anak perempuan shahrizat yang saya sudah lupa namanya)

Anak perempuan shahrizat Abdul Jalil membantu ibunya berkempen sempena pilihanraya di lembah pantai

Tapi mungkin ini akan terjadi...

Seorang pelajar, Nurul Huda bt Soid dibuang universiti serta didakwa AUKU atas tindakannya berkempen parti pembangkang di kawasan ayahnya DUN Sungai Dua.

4- Mengikut undang-undang pilihanraya kali ini, ceramah malah kempen tidak boleh diadakan di sekolah-sekolah, masjid-masjid dll. Namun aduan yang dibuat oleh calon PAS Sungai Dua di balai polis ekoran kempen dan ceramah Pak Lah dan Datuk Syariff di dewan Sekolah Lahar Yooi, tidak dilayan

5- Mengikut SPR, 21 Mac parti tidak dibenarkan meraih undi, jika didapati amalan tersebut dilakukan, kemenangan calon akan ternafi secara automatic. Namun yang jelas kelihatan awal-awal lagi parti komponen Barisan Nasional menunggu di pintu tempat mengundi untuk meraih undi dari orang ramai.

6- SPR paling cekap dalam sejarah apabila keputusan rasmi pilihanraya di kelantan hanya diketahui lewat 7 malam tadi, dan hampir 9 kawasan di Kelantan membut semakan semula undi, serta semakan semula di Permatang Pauh yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada parti pembangkang.

6- Spekulasi undi hantu seramai 70,000 di terengganu. Mari tunggu dan lihat...ketelusan pilihanraya di malaysia semakin dipertikaikan

Insiden buat renungan..

Pada hari mengundi 21 hb, seorang nenek tua berusia 75 tahun yang sudah tidak kuat berjalan, anak kepada nenek tersebut meminta bantuan kerusi roda dari seorang anak Timbalan Menteri Pertanian ketika ingin mengusung nenek tua untuk mengundi. Namun anak Timbalan Menteri Pertanian menolak dengan menyatakan kerusi roda itu untuk orang BN sahaja. Ini kerana menantu nenek tua itu calon PAS kawasan Sungai Dua

0 Comments:

Post a Comment

<< Home