Saturday, March 27, 2004

CUTI SUDAH KE PENGHUJUNGNYA....

Cuti sudah tamat, malam ini saya akan berangkat ke uia, meneruskan pengajian saya di sem3. Mungkin jurnal ini akan mengalami proses pembekuan, namun doakan kejayaan saya dalam kembara menuntut ilmu. Moga ianya diredhai Allah.

MARAH-MARAH-MARAH-MARAH....

Saya sedang marah sekarang ini. Amat marah. Terlalu marah. Tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkan rasa marah saya. Saya marah dengan sistem uia, serta officer uia yang terlalu hostile. Masakan saya tidak marah, tanpa ada upgrading langsung. Lewat pukul 9.30 saya menerima panggilan dari gopi, permintaannya untuk menukar mahallah tidak diterima meski bertimbun-timbun surat-surat hospital sudah ditunjuk. Marah saya. Gopi ditempatkan di mahallah halimah malah di tingkat 4. Tidak tahukah mereka gadis itu pernah menderita sakit cancer, malah tidak boleh banyak berjalan. Dalam kakinya punya besi yang ditanam! Tingkat 4 bagi saya terlalu melampau. Tahukah mereka gopi pernah pengsan di tangga SMWP(bangunan di matrik) lantaran terlalu letih berjalan!

sms gopi pada saya
kaki aku macam nak cabut masa 1st day, pastuh aku dah tak daya dah. Aku lepak kat sickbay je la ni,pastuh balik halimah dengan van

Aku dah jumpa fellow, tapi dia kata buleh tukar mahallah minggu depan.Pastuh dia suruh aku tumpang bilik sesaper dulu. hmmm...ntahla:(, fellow tuh tak senyum langsung

Minggu depan? Mampukah gadis itu bertahan minggu depan berulang-alik dari mahallah halimah yang jauh dengan department. Marah! Marah! Tumpang bilik orang? Bilik siapa yang ingin ditumpang lantaran gadis itu cuma baru di uia, siapa yang dikenali selain dari saya, fadh, kak ira serta kawan sekisas yang lain. Lepas tangan, itu yang saya rasa. Saya akan berbuat sesuatu, dan tidak akan mendiamkan diri. Silaplah andai kiranya anda berfikir saya akan mendiamkan diri. Itu bukan diri saya

(eheh, emosional la plak, masakan tidak ini soal kesihatan kawan saya)

chatterbox

amiza khusyairi : terima kasih moga anda tidak jemu membimbing saya meski saya anak murid yang terlalu degil :)

ujangzero : ya, perjuangan tidak terasa manisnya andai tidak ditujah onak dan duri

gopi : masalah hang akan aku selesaikan!

sham : terima kasih, lama akak tidak mendengar citer sham di sana

the7asmann : terima kasih membalas kunjungan dari saya, setelah saya membalas kunjungan dari anda

moeh : tuhlah, belajar law nih memang best, tetambah bila buleh apply kat daily life, rasa cam tak sabar-sabar nak jadi lawyer

HuDa : yerp

pakdi : how about this, karpal sigh announced they would take election commission to court >>> quote from star, shows as if he wants to sue spr, the different between them is only the matter of terminology, but their implication is still the same. petition is used in civil proceeding ( i guess, correct me if i'm wrong)

medaz, mardhiah : adakah kita sekadar melihat sahaja? suara intifadha ini akan didengar di seluruh dunia!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home