Wednesday, October 06, 2004

PESTA NAIK HARGA

Harga barangan runcit naik lagi. Mujur di Pulau Pinang tiada kenaikan harga walaupun Pulau Pinang juga antara bandar terbesar di Malaysia(tapi sampai bila boleh bertahan). Di Lembah Kelang, minyak masak saja sudah naik dari RM10.92 kepada RM 12.48 ( naik RM1.56) Telur ayam gred AA dari RM5.25 kepada RM 6.15( naik RM 0.90), gred A, RM5.10 kepada RM6.00 (naik RM 0.90). Sawi naik RM2.50 kepada RM4.00 (naik RM1.50), dan beberapa lagi barangan runcit yang naik mendadak kadar 100%. (boleh lihat senarai di dalam suratkhabar)

Bila ditanya peruncit kenapa harga semakin naik, rata-rata menjawab mereka terpaksa naikkan harga disebabkan harga yang dinaikkan oleh para pembekal.

Bila tanya pembekal kenapa naikkan harga, mereka jawab, terpaksa naikkan harga kerana kos pengangkutan meningkat disebabkan kenaikan harga petroleum sebanyak lima sen satu liter.

Bila tanya kerajaan kenapa naikkan harga petroleum, kerajaan menjawab kenaikan harga petroleum wajar kerana harga minyak di pasaran dunia melambung hingga RM181 setong, yang menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi mencecah RM12 billion.

Semua mereka ada alasan.

Tapi yang menjadi mangsa adalah kita sebagai PENGGUNA.

Agak-agaknya nak dekat Syawal nanti, lagi tinggi harga barangan naik. Alahai, tak payah buat kuih raya la jawabnya :)

*tiket bas dari KL ke Penang, entah-entah naik dari RM 21 kepada RM25, siapa tahu?*

AYAM CUCUK, BAYAM, BATIK dan KUIH BULAN (gopi pinjam entri)

Suatu ketika, Datuk Seri Rafidah Aziz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia berpotensi besar untuk menjadi pusat pengeluaran produk halal di dunia. Tapi kita dikejutkan dengan insiden daging ayam dan daging itik yang disembelih secara cucuk lalu disimpan bercampur dengan ketulan anak babi mentah.

Kilang penyembelihan tanpa lesen di Serdang, Tat Trading (M) Sdn Bhd yang melakukan jenayah terbabit telah disita kerana daging ayam dan daging itik tersebut disahkan haram kerana cara penyembelihan secara cucuk adalah bertentangan dengan cara penyembelihan yang dibenarkan oleh syarak. Sementelah daging-daging berkenaan disimpan bersama dengan ketulan anak babi mentah yang diimport dari Vietnam.

Petang semalam, pemilik kilang terbabit cuba menyeludup daging-daging berkenaan dengan memasukkannya ke dalam bungkusan plastik berlogo Halal yang diluluskan oleh JAKIM. Mujur, JAKIM sempat mengesan tindakan biadap pemilik kilang berkenaan dan dua pekerja kilang terbabit berjaya ditangkap.

Belum reda dengan insiden ayam cucuk yang mempermain-mainkan logo Halal ini, timbul pula isu beberapa syarikat pengeluar kuih bulan menggunakan logo Halal JAKIM pada bungkusan kuih bulan berperisa serunding daging dan lemak babi.

Insiden BAYAM (Babi + Ayam) dan BATIK (Babi + Itik) serta penyelewangan logo Halal ini amat mengecewakan. Saya menganggap ia sebagai tindakan biadap dan perbuatan yang tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia.

Perbuatan ini sesungguhnya suatu penghinaan kepada pengguna Islam yang amat menitik-beratkan soal halal dan haram terutamanya dalam aspek pemakanan. Insiden ini pastinya satu jenayah serius, suatu bentuk pencabulan kepada kepercayaan serta maruah masyarakat Islam.

Seharusnya pihak-pihak bertanggung jawab terutama JAKIM, harus lebih berhati-hati dan melakukan pengawasan berterusan kepada pusat penyembelihan dan syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk pemakanan.

Semua pihak harus peka terutama pengusaha atau pengeluar produk yang memasarkan barangan mereka kepada masyarakat Islam. Penyelewangan logo Halal, tidak harus dan tidak patut terjadi memandangkan ia menyentuh soal halal dan haram yang amat dititik-beratkan oleh Islam.

Peniaga tidak kira apa kaum pun, seharusnya menghormati hak pengguna. Peniaga tidak seharusnya hanya memikirkan keuntungan lalu mengabaikan perkara haq seperti ini. Syarikat yang mengeluarkan produk makanan harus mematuhi peraturan dan piawai yang ditetapkan.

Penipuan dan penyelewangan logo Halal ini diharapkan agar tidak lagi berulang. Halal dan Haram ini bukanlah sesuatu yang harus dipermain-mainkan dan bukan jua suatu perkara yang remeh!

***************

saya melihat begini....
Apa mentaliti orang bukan islam pada orang islam?
Apakah mereka tidak hormat pada orang Islam, sehingga sanggup menipu logo halal dan sebagainya
sudahlah sebelum ini kita dikejutkan bila mereka berkata isu azan adalah satu pencemaran.
Justeru, masih wujudkah integrasi kaum di Malaysia ini?

Atau sudah hilang respect kah mereka kepada agama islam yang diiktiraf sebagai agama rasmi negara (agama rasmi jer)
(kalau ikut gild, rephrase ayat di atas, bila mereka mahu respect pada agama islam sebagai agama rasmi Malaysia, hehe)

Saya kira kita masih menghormati agama serta bangsa yang lain
Bila setiap pasaraya di Malaysia kita membenarkan adanya section non-halal (atau sebab tokey pasaraya orang cina?)
Kita masih biarkan mereka membina tokong-tokong serta kuil-kuil yang besar, kerana kita percaya kebebasan beragama di Malaysia
Tetapi pernahkah mereka menghormati kita?


0 Comments:

Post a Comment

<< Home