Friday, November 12, 2004

EID MUBARAK



Eid Fitri mubarak, maaf dipohon kepada semua pengunjung yang setia melawat blog ini.

Moga Eid Fitri kali ini mengundang 1001 keinsafan

Tika kita sibuk membuat kuih raya, masih ada insan yang kelaparan, sanggup berbunuhan hanya kerana sesuap makanan

tika kita sibuk meraikan hari lebaran, masih ada insan yang mengangkat senjata meski pada hari 1 Syawal

Tika kita sibuk menyediakan semua yang baru,masih ada insan yang hari rayanya adalah sama seperti hari biasa, pakaian tidak bertukar, tiada segala macam yang baru.

PERGINYA SEORANG LAGENDA



hari ini gugurnya seorang lagenda yang memperjuangkan kemerdekaan rakyat Islam Palestin.

Dalam suratkhabar, ramailah pemimpin antarabangsa yang mengucapkan takziah atas pemergiaan beliau, malah ramai yang menyatakan dia tokoh yang tidak jemu memperjuangkan kebebasan Palestin.

Bila sudah meninggal, baru mereka (tokoh-tokoh dunia) menyatakan kekaguman, padahal sebelum ini tiada ada sesiapa pun yang menyokong dan membantu usaha beliau. Maka ketawa terbahak-bahaklah dua mawas yang tidak bertopeng, Bush dan Ariel Sharon.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home