cerita 1
Ada 3 hadiah sempena syawal yang mampu membuatkan hati saya berbunga-bunga:
1) Dapat menunaikan azam/ tadhiyah sempena Ramadhan (moga ianya berkekal lama)
2) kunjungan ziarah raya kak ira dan keluarga
3) kunjungan ziarah raya ustazah Nik Mahizan dan keluarga
Ustazah Nik Mahizan ialah mak angkat saya semasa di kisas. Dia juga bekas anak murid ayah saya semasa ayah mengajar di Kolej Islam Klang. Malah ayahlah matchmaker antara ustaz Abdullah dan Ustazah Nik Mahizan (hehe). Hampir 3 tahun saya tidak menatap wajahnya, hari ini saya bertemu muka dengan ustazah, mengubat segala rindu yang bersarang di dada. Kata ustazah saya makin tembam (arghhhh tidaaaaaakkkkk!!!! camner dengan azam mahu kuruskan pipi nih:D). Bila terjumpa ustazah pantas saya teringat kenangan-kenangan di kisas.
Kalau minggu yang tidak boleh balik, selalu saja saya fly dan tidur di rumah ustazah (kebetulan ustazah juga warden di kisas). Saya juga hampir-hampir didenda kerana selalu tak turun prep petang tapi di cover oleh ustazah hehe. Dulu rancangan kartun 'sailormoon' tak dibenarkan penayangan di bilik tv, tapi atas pujukan saya, akhirnya ustazah benarkan jua. Malah saya juga mencadangkan agar tidak rombak ahli dorm semasa di tingkatan 5 yang akhirnya dipersetujui ustazah :D
Ustazah sering bertanyakan saya, kenapa sudah tidak ke kisas. Benar, hampir bertahun saya tidak menjejakkan kami di bumi itu, kesibukan saya di uia, membataskan langkah saya.(sibuk sangat ker cik huda nih? huhu)
Allahhu akbar, Syawal yang bermakna dalam hidup saya.
*Macam tahun-tahun lepas juga, rumah saya 'diserbu' tetamu. Bermula dengan saudara mara, sahabat handai dan akhirnya anak murid ayah. Hari raya ke empat, baru berpeluang keluar rumah untuk beraya. (penat buat ayaq dengan basuh pinggan hehe)
ye ye esok gi rumah tok su :D
cerita 2
Saya sudah menyiapkan 3 comic loose. Ini first attempt mahu melukis komik, selalunya lukis pin up sahaja. Stroke saya memang hancusss, paling lemah bila mahu melukis anatomi dan pergerakan badan. Jadi mahu selamat, banyak lukis fokus tentang muka,dan mengurangkan melukis bahagian badan. Memandangkan ini kali pertama melukis, jadi skripnya biasa sahaja, lukisan juga tahap budak tadika :D, nantilah bila balik uia, saya scan dan post kan ke sini.
Sekarang ini saya di fasa 'gila' melukis. Ah, bila mahu 'gila' menulis nih? Ingatkan cuti ini mahu menyiapkan 'beberapa' cerpen, tapi satu pun tak mula lagi. Saya mahu bikin cerpen sindiran seperti cerpen 'mawas raksasa dan si pemakai topeng' oleh Faisal Tehrani, tapi tidak tahu bagaimana mahu memulakannya.
Tadi belek-belek kembali cerpen 'ma'as salamah ya andalusia', huhu, cerpen itu saya kira plotnya terlalu longgar, kejap lari ke sana, kejap lari ke sini. Saya menulis cerpen itu tanpa ada rangka jalan cerita di kepala, dan menyudahkannya secara begitu huhu.
*sekali sekala layan nasyid lama-lama Ramadhan dan syawal, seperti group anugerah, nada murni, the zikr, soutus sofwa, best juga, nasyid sekarang nih, dah tak best*
0 Comments:
Post a Comment
<< Home