BUSH v KERRY
petikan dari utusan online:
WASHINGTON 3 Nov. - Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush memenangi penggal kedua di White House hari ini setelah pencabarnya, Senator John Kerry mengaku kalah dalam pilihan raya Presiden semalam.
Kerry yang sebelum itu mempertikaikan keputusan pengundian di Ohio menelefon Bush pada jam 12.20 tengah hari (12.20 malam waktu Malaysia) untuk mengaku kalah di negeri kritikal itu dan sekaligus bagi jawatan Presiden.
Sebelum ini kedua-dua calon tersebut berada dalam kedudukan terikat dengan Bush memperoleh 254 undi pemilih berbanding 252 untuk Kerry apabila keputusan di Ohio dipertikaikan oleh kem Senator Demokrat itu.
Masing-masing memerlukan angka keramat 270 undi untuk menduduki White House dan menjadi Presiden AS.
Teringat bila chat ngan gopi tentang ini, kata gopi, antara bush dan kerry, dua-dua sama, masing-masing ialah mawas, yang bezanya kerry mawas bertopeng sedangkan bush mawas real, tapi bila buka topeng baru perasan, 'oh, mawas rupanya'
Sama ada kerry atau bush, kedua-duanya saya kira mahu menghancurkan islam.(cuma kerry better sket kot dari bush)
+ anekdot 1 +
Dalam al-quran yang saya tak ingat exact ayatnya, tapi lebih kurang beginila segala bala bencana yang berlaku (ujian) adalah disebabkan oleh tangan-tangan kita sendiri.
Najeeb Rahman, seorang sukarelawan MERCY ke kosovo ada menulis, ketika dia tinggal dengan sebuah keluarga di Prizren, kosovo, Navahi, tuan rumah dia menginap, menceritakan tragedi pembunuhan di kosovo adalah disebabkan kaum muslimin kosovo yang lalai dan membelakangkan agama. Ramai yang tidak tahu sembahyang, tidak tahu membaca al-Quran dan lupa syahadah. Berzina dan minum arak berleluasa dan hanya yang tua sahaja menjadi penghuni setia masjid.
Di Djakova, sebuah bandar kecil di kosovo, tempat terjadinya pembunuhan beramai-ramai, merupakan tempat yang terkenal dengan aktiviti dan kepercayaan mensyirikkan Allah. Mereka menyembah kubur orang-orang alim dan menganggap kubur sebagai keramat, menghidupkan lilin seperti amalan kristian di gereja. Tapi mereka mendakwa perbuatan mereka bukanlah menyembah keramat namun untuk mendekatkan diri dengan Allah, yang nyata sebenarnya perbuatan mereka itu syirik dan sesat.
Suhareka, satu lagi bandar yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai umat islam, penduduknya sebelum ini menggesa bilal masjid supaya tidak melaungkan azan subuh kerana menganggap launagn azan menganggu subuh mereka. Di situ juga hanya golongan tua sahaja yang ke masjid, manakala golongan muda ramai yang tenggelam dalam gelombang kemaksiatan
Malah, menurut Najeeb Rahman lagi, semasa dia di sana, tika sedang mengedarkan Al-Quran, seorang pemuda yang berbau arak, meminta senaskhah al-Quran untuk dibakar bagi memanaskan rumahnya. sedangkan kawasan itu dikelilingi hutan yang memungkinkan bekalan kayu api, sebagai pemanas rumah.
Ataupun pernah mendapat emel, tentang gempa bumi di Turki (wallahu a'lam akan kesahihan emel tersebut). Kalau mengikut emel itu, beberapa hari sebelum gempa bumi, para jeneral tentera turki mengadakan temasya di apartment peranginan di pantai Mediterranean. Mereka membawa pelacur dari Israel, minum arak dan berzina. Dalam majlis itu, seorang tentera pangkat rendah diarahkan membaca Al-Quran sambil mereka bersukaria, mabuk dan berzina. Disebabkan enggan dan takut untuk berbuat demikian, seorang jeneral merampas Al-Quran, memijaknya sambil mencabar, "Mana Allah untuk selamatkan Quran ini" Anggota pangkat rendah itu tiba-tiba melihat cahaya merah yang samar memancar dari horizon laut. Kemudian satu ombak yang tinggi melanda pantai dan menelam apartment serta semua jeneral Turki itu ke dalam laut.
Kalau di Palestin, saya teringat novel karangan Zaid Akhtar, sesegar Nailofar, yang menyebut, orang yahudi tidak akan takut dan gentar selagi tidak melihat bilangan kaum muslimin yang mengerjakan solat subuh berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum muslimin di qariah sesuatu tempat.
Tapi melihat secara positif atas apa yang terjadi pada umat islam hari ini, mungkin mereka yang terbunuh ialah orang islam yang lemah keimanan mereka, yang banyak melakukan dosa. Sekiranya mereka mati secara biasa, mati mereka tidak berguna, yang mungkin neraka tempat mereka. Tetapi sekiranya mereka mati mempertahankan negara, diri, keluarga dan agama, mati mereka mungkin mati syahid.
Manakala, mungkin kanak-kanak yang terbunuh itu terselamat dari syirik, murtad dan hidup bergelumang dosa apabila dewasa nanti. Mungkin Allah mengambil mereka pada waktu kecil lagi untuk diselamatkan daripada melakukan dosa.
Cumanya, kita tidak harus membiarkan penindasan itu berleluasa. Teringat satu forum palestin sempena palestinian week di uia, Dr jamelah mengatakan, kita perlu ada circle of influence, sebarkan berita palestin pada kaum muslimin yang lain, kerana mungkin ada segelintir dari kita yang masih tidur dan alpa.
Juga kita perlu berhati-hati, jangan mengundang bencana Allah pada kita, kerana segala bencana dan ujian adalah disebabkan oleh tangan-tangan kita sendiri.
wallahu a'lam
0 Comments:
Post a Comment
<< Home