Monday, November 22, 2004

I

19 November yang lepas genaplah 19 tahun peristiwa berdarah Memali. Al-fatihah.

II

Tadi ikut ayah jalan-jalan di Kepala Batas. Sejak Pak Lah jadi Perdana Menteri, kepala batas yang dulunya kusam kini sudah bertambah maju. Masjid dibesarkan, jalan raya dilebarkan, hiasan-hiasan sudah ada di sepanjang jalan dan entah apa-apa lagi perbaharuan yang dilakukan. Kepala batas yang dulunya orang tak pandang, kini mula mendapat perhatian, malah nama kepala batas sudah boleh menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan. Maka ketika puasa dahulu, berderet-deretlah senarai aktiviti surau di kepala batas dalam ruangan aktiviti masjid di surat khabar. huhu

Andai satu hari nanti PM sudah bertukar ganti, rasanya kepala batas pun akan dilupakan.

III

Zaman sekarang memang senang nak buat duit. Dengan membuat urine test dan sedikit consultation, saya dicaj hampir seratus ringgit. hahah. Macam juga lawyer, consultation dan draft sikit-sikit dah boleh caj ratus-ratus dari klien. haha. Adat dunia.

IV

Esok result saya akan keluar. Saya sudah tidak ambil peduli tentang result saya, tidak seperti semester-semester lepas. Yang penting pada saya, add and drop period. Saya mahu tukar subjek elektif saya, dari corporate finance kepada Islamic Banking and Transaction (or takaful?hehe dah lupa nama subjek nih hihi). Tujuannya cuma satu, mahu maintain pointer saya kerna saya rasa pointer saya sem ini agak teruk.

Jika dulu, saya lah orang yang paling beria menentang, jika ada yang mahu mengambil elektif yang senang (maybe) untuk maintain pointer. Maka pada sahabat-sahabat yang meminta nasihat dari saya dulu tentang elektif apa yang perlu diambil, saya kata, kita perlu ambil subjek yang ada prospek masa depan, dan bukan ambil subjek yang senang untuk maintain pointer.

Maka saya canang seluruh sahabat saya akan peri pentingnya mengambil elektif yang sesuai bagi menjamin masa depan. Ketika seorang sahabat saya menyuarakan keinginannya untuk mengambil elektif Islamic Family Law (Arabic), sayalah orang pertama yang menentang. Kata saya, adalah lebih baik mengambil subjek yang lain, kerna subjek tersebut hampir-hampir sama dengan subjek Family law II yang kami sudah pelajari. Ambillah subjek yang beri kelainan dan ilmu yang baru.

Bila seorang lagi sahabat saya yang lain, ingin mengambil subjek Islamic Legal Maxim, saya juga tidak setuju, kata saya, subjek tersebut akan kita pelajari ketika tahun kelima nanti semasa mengambil degree untuk syariah. Ambillah subjek yang beri kelainan dan ilmu yang baru.

Maka saya dengan tekadnya, berazam mahu mengambil corporate finance, meski terdengar-dengar di telinga saya, bahawa subjek itu antara subjek elektif yang susah. Tidak mengapa, prospek kerjaya lebih penting, dan saya yakin yang saya boleh menguasai subjek tersebut. Maka ramailah yang memuji saya, kerana saya sanggup mengambil risiko sedangkan rata-rata pelajar lebih cenderung mengambil subjek-subjek elektif yang lebih senang.

Tapi hari ini, kata-kata saya sudah makan diri saya. Saya pula yang mahu menukar subjek elektif walaupun ada yang kata subjek Islamic Banking and Transaction (?) adalah hampir-hampir sama dengan subjek Transaction in Islamic Law yang saya belajar di tahun 1, mungkin yang bezanya subjek tersebut adalah lebih mendalam. Jika dulu saya sibuk-sibuk menyatakan sistem perbankan di negara kita sedang mengorak langkah ke arah pengkorporatan, maka subjek elektif corporate finance lebih menjamin prospek kerja, maka hari ini saya sudah tidak pedulikan lagi akan hal itu. Yang penting, saya mahu maintain pointer.

Ah, saya malas mahu fikir!

Saya juga tidak pasti sama ada masih ada tempat untuk subjek Islamic Banking and Transaction, lantaran banyak subjek elektif yang telah ditutup. Batch saya cuma beberapa kerat saja yang dapat subjek elektif yang selebihnya cuma reserve subjek elektif. Saya juga hairan kenapa survey tidak dilakukan terlebih dahulu sebelum online registration. Bila adanya survey maka, subjek elektif yang ditawarkan adalah subjek yang diminta oleh student saja. Bila ada ramai student yang mahukan certain-certain subjek maka 2 section perlu dibuka (atau kekurangan lecturer?)

Kata senior2 saya lumrahlah kalau mula-mula online tidak dapat subjek, kerna mereka juga begitu sejak tahun-tahun lepas. Bersusah-susahlah sikit, takkan sepanjang masa ingin senang. Jadi saya terfikir dalam hati, kalau sudah perkara yang sama berlaku setiap tahun dan kita anggap itu satu lumrah, maka pasti tidak akan ada pembaharuan, dan setiap tahun, perkara yang sama akan berlaku-susah nak dapat tempat subjek elektif. Bukankah malangnya, bila kita sudah tahu kelemahan, tapi tidak mahu mengambil langkah mengatasinya.

Opss, saya perlu plaster mulut saya, tidak bercakap banyak, nanti saya dicop pemberontak

Yang pasti, saya amat berharap result saya esok melepasi piawaian saya.

noktah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home