Tuesday, November 16, 2004

Lebih 200,000 hadir rumah terbuka lambang perpaduan _ PM



petikan dari utusan online:

KEPALA BATAS 15 Nov. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kagum dengan kehadiran lebih 200,000 orang daripada pelbagai kaum dan agama pada rumah terbuka beliau dan anggota Kabinet semalam, yang disifatkannya sebagai lambang perpaduan dan semangat muhibah yang tinggi.
Perdana Menteri berkata, majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur itu merupakan satu acara paling besar yang belum pernah disaksikan sebelum ini.
``Kita akan menjadikan (rumah terbuka) sebagai acara tahunan. Ia memang di luar jangkaan, dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat.


``Reaksi Menteri Kabinet juga amat baik, mereka gembira dan senang hati dengan kehadiran tetamu yang begitu ramai,'' kata Abdullah selepas majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dewan Milenium di sini hari ini.

Ia merupakan rumah terbuka Perdana Menteri yang kedua selepas majlis yang sama di PWTC, semalam.

Sejak menjadi Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober tahun lalu, Abdullah meneruskan tradisi menjadikan perayaan keagamaan di Malaysia sebagai perayaan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Pada majlis di PWTC semalam, orang ramai turut menggunakan kesempatan itu untuk mengenali Perdana Menteri dan anggota Kabinetnya secara lebih dekat.

Abdullah juga memperkenalkan format baru iaitu sambutan tersebut melibatkan semua anggota Kabinet termasuk bukan Islam yang kemudian bersama-sama menerima kunjungan rakyat Malaysia pada majlis rumah terbuka berkenaan.

Sebelum ini, setiap menteri akan mengadakan rumah terbuka masing-masing secara berasingan yang kadang-kadang wujud pertindihan dan menyusahkan orang ramai untuk berkunjung.

Rumah terbuka Perdana Menteri yang diadakan secara tradisional itu kini menjadi rumah terbuka Kabinet.

Perdana Menteri menambah, sudah menjadi adat bagi rakyat di negara ini mengadakan rumah terbuka untuk menyambut pelbagai perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Beliau yang gembira dengan majlis seumpama itu berkata, rumah terbuka tersebut dikunjungi oleh rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

``Nampaknya rumah terbuka sudah menjadi adat bagi rakyat negara ini. Ini menjadi lambang perpaduan dan menunjukkan semangat muhibah yang tinggi,'' katanya.

*******

kata Pak Lah, kehadiran ramai ke rumah terbukanya adalah lambang semangat muhibah dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Kata saya, kehadiran yang ramai adalah kerana orang nak makan free, kalau saya pun, jika tak ramai orang berkunjung ke rumah, sudah pasti saya akan ke rumah terbuka Perdana Menteri Malaysia itu. Siapa nak tolak rezeki kan? Sudahlah makanannya sedap .

Lagipun bukankah perbelanjaan rumah terbuka itu juga adalah bersumberkan tax dari duit rakyat juga?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home