LAPTOP v BLOGGER
Saya juga tidak tahu, sama ada salah server internet di rumah saya, atau salah modem laptop saya. Saya hampir tidak dapat view page website yang ingin saya buka. Hotmail tidak boleh buka, yahoo tidak boleh reply message, blogger, mula-mulanya page display (ketika mahu post entry baru) tetapi kemudiannya tidak boleh taip. Sebelum ini saya guna software bloggar, tapi bila mahu pos ke internet yang keluarnya 'request time out'.
Bila saya cuba connect internet ke pc ayah saya, semuanya tidak ada masalah, semua page boleh buka, blogger boleh taip, yahoo juga boleh reply message. Cumanya pc ayah saya selalu 'hang' dan agak lembap. Jadi salah server internet atau salah laptop saya?
Modem rosakkah? (hai, setelah saya menjaga laptop ini dengan penuh kasih sayang pun, masih meragam lagi?)
Saya terpaksa menaip entry di pc ayah saya, membawa turun wayar internet dari tingkat atas ke bilik bawah, dan kemudiannya menarik balik wayar internet ke atas, sebab bila mahu online internet di bilik ayah tiada privacy hehe, sebab tak sedap, ayah baca buku, anak main internet :D
MERANTAU KE DELI
Saya baru hadam novel 'Merantau ke Deli' karangan Hamka. Ini novel ketiga beliau yg saya khatam selepas 'Tenggelamnya kapal
Pertama kali membaca novel hamka, saya sudah jatuh cinta dengan bahasa sasteranya, simple tapi masuk dan sampai ke hati, tidak perlu menggunakan kosa kata yang susah yang kadang-kadang khalayak pembaca pun tidak memahaminya. Hamka pada saya menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, atas sebab itu banyak kata-kata nasihat dalam karyanya, seolah dia pemerhati putaran alam dan kehidupan yang setia.
Cuba hayati bahasa hamka yang indah di bawah:
" Sekarang bertemu pulalah kesulitan dari gelombang yang lain. Kerana sudah demikian mestinya hidup itu, habis kesulitan yang satu akan menimpa pula kesulitan yang lain. Kita hanya istirehat buat sementara, guna mengumpulkan kekuatan untuk menempuh perjuangan yang baru. Sebab itulah maka tak usah kita menangis di waktu mendaki, sebab di balik puncak perhentian pendakian itu telah menunggu daerah yang menurun. Hanya satu yang akan kita jaga di sana, iaitu kuatkan kaki, supaya jangan tergelincir. Dan tak usah kita tertawa di waktu turun kerana kita akan menempuh pendakian pula, yang biasanya lebih tinggi dan menggoyahkan lutut daripada pendakian yang dahulu. Dan barulah kelak di akhir sekali, akan berhenti pendakian dari penurunan itu, di satu padang yang luas terbentang, bernama maut. Di sana akan bertemu alam datar, tak berpendakian, tak berpenurunan lagi'
" Orang yang pelekas marah itu lekas sekali pemaaf dan lekas menyesal. Sebab itu hatinya baik, padanya tak ada dendam. Dan kalau kena pula jalan yang akan menundukkan hatinya, mudah saja air matanya jatuh"
Merantau ke Deli membawa saya menyoroti pengorbanan seorang wanita dan isteri. Benar wanita agam sungguh setianya, sedangkan setia lelaki masih goyah dan teruji, sukar untuk dipercayai!
noktah.
perkara yang perlu dibuat
khatam quran
Siapkan cerpen
tukar chatterbox gopi
tukar layout blog huda dan gopi
qada' tido
baca...baca...baca...baca...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home