nota kecil
nota kecil buat mak tua di terengganu- ayah saya amat gembira bila saya ceritakan tentang suami mak tua, dr hj Salleh,kata ayah, suami mak tua memang antara sahabat baiknya. Ayah juga kata mungkin satu hari nanti ayah akan bawa kami sekeluarga berziarah ke Terengganu, insyaallah. Selamat Berpuasa kepada mak tua sekeluarga
nota kecil buat najjah nasriah (pengunjung blog nih)- terima kasih ecard besday, najjah tinggal di penang kan? Apa kata iftar di rumah saya, bila najjah lapang. Boleh kita bertemu muka dan bersembang panjang :)
A n R- kebajikan pelajar?
Saya kira exam kali ini adalah antara exam yang terburuk pernah saya lakukan. Mana tidaknya saya perlu struggle, 4 paper dalam 3 hari. Exam berturut-turut dimulai dengan constitutional law II (21hb) kemudian Islamic Criminal Laws II (22hb) yang berkongsi dengan hari yang sama dengan Family Law II (22hb) diikuti Evidence and Procedure in Syariah Court (23hb). Sekitar period ini saya merasakan otak saya sudah hampir pecah, penat juga letih. Saya agak yakin dengan 2 papers di hadapan, Quranic hadith dan consti tapi 3 paper belakang saya amat tidak yakin.
Apa perasaan anda, soalan manageable, anda boleh jawab, namun anda blur, tidak dapat recall apa yang anda baca, yang akhirnya anda menulis apa yang anda ingati dan anda tahu. Maka itulah yang terjadi pada saya, sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini.
Saya juga amat pelik dengan susunan jadual kali ini yang saya kira KEJAM. Apa tidaknya, 4 paper dalam 3 hari, berturut-turut, tiada langsung gape. Saya beri justifikasi kenyataan saya kenapa saya anggap jadual tersebut kejam:
a) 2 paper 1 hari, dua-dua subject core course yang sehari sebelumnya dan sehari selepasnya juga ada exam
b) bulan Ramadhan, ketika tenaga berkurangan, penat juga letih.
Madam Najibah memberitahu saya, ketika dia bertanyakan A n R tentang jadual exam kali ini, pihak A n R menjawab, mereka terpaksa menyeragamkan jadual (menghabiskan semua exam dalam masa 2 minggu) agar student semua course dapat balik kampung pada masa yang seragam, tiada yang akan balik terlalu awal (lantaran exam sudah habis) atau terlalu lambat (exam habis lambat). Maka saya berfikir dalam hati, untuk kepentingan student pulang awal atau untuk kepentingan staff bercuti awal? Satu alasan yang saya kira tidak masuk akal.
Ketika saya bertanyakan seorang staff law (yang juga pakteh ijah), dia memberitahu jadual exam yang berturut adalah disebabkan masalah venue, exam semua course majoriti di CAC , jadi atas sebab itu, exam terpaksa dibuat tanpa selang atau tanpa gape. Satu lagi alasan yang tidak masuk akal. Soalan yang timbul di sini, bukan masalah pulang awal atau masalah tempat, tapi masalah akademik pelajar. Itu yang perlu dititik beratkan dari alasan pulang awal dan tempat exam yang tidak cukup. Apa salahkah menjalankan exam di kelas-kelas di department (meskipun ada tapi tak banyak) atau di mana saja, sebagai alternatif kepada CAC?
Bayangkan exam family saya yang habis pukul 6.15, berjalan pulang dalam basah lencun hujan yang lebat, sampai di mahallah pukul 6.30, ketika belum solat asar, juga mahu beratur, berebut membeli makanan, pukul 7 malam sudah berbuka puasa, kemudian berterawih, sambung baca buku untuk exam yang seterusnya. Mungkin orang boleh kata, kenapa tidak study dari awal? Kenapa bila mahu exam baru study? Masalah tidak akan timbul kalau study awal meski papers berderet.
Maka saya menjawab, saya sudah study subjek sebelum exam, tapi bukankah dari sudut psycology (betulkah eja begini), bila anda study, kemudian lebih dari 3 hari anda tidak mengulang (benda yang anda study sebelumnya), anda akan lupa. Begitu juga dengan saya, tidak cukup apa yang saya ulangkaji sebelum exam, saya perlu membacanya semula, supaya ingatan lebih kuat, atas sebab itu perlu ada gape bagi setiap paper, supaya student sempat mengulangkaji. (saya ambil 5 papers bukan 1 paper je)
Kata ustaz mahmud Sanusi ketika saya berbincang dengannya, dia akan membawa perkara ini dalam meeting staff. Juga dia mempertikaikan kenapa student tidak membantah jadual A n R sedangkan kami student laws, yang diajar tentang right, freedom dan sebagainya. Memang ada bantahan, tapi sekadar petisyen, kemudian meeting tanpa resolusi saya rasa tidak jadi. Malah ustaz Sanusi juga bersependapat dengan saya. Kata dia, kumpulkan lebih 80% pelajar, pergi ke dewan exam, tapi tidak masuk exam-itu sebagai langkah bantahan, dan A n R tidak akan senang-senang menggagalkan 80% student yang tidak mahu masuk exam, jadi tiada jalan lain, maka jadual exam akan dipinda.
Sekali lagi pada saya (malah rakan-rakan yang lain juga) kesal dengan tindakan A n R, yang tidak menjaga kebajikan pelajar. Bukankah akademik pelajar adalah satu perkara yang paling penting?
Kata aton (sahabat saya), kalau terjadi perkara yang sama, dan tidak ada pihak yang mahu fight untuk pelajar, maka dia sendiri akan panjat tangga A n R, dan saya hanya tersenyum.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home