Freedom of assembly?
petikan dari harakah daily:
"Saya percaya jika tanpa sekatan jalan raya, saya tidak tahu apa akan berlaku di lapangan terbang ini dan yang pasti sudah tentu suasananya lebih meriah lagi. Saya kira sekatan jalan raya itu dibuat untuk mengelakkan orang ramai datang ke KLIA dan kerajaan tidak mahu Anwar disambut oleh rakyat," katanya ketika ditemui selepas Anwar menaiki kereta Toyota.
Bagaimanapun, katanya hari ini tetap ramai dan meriah sambutan daripada rakyat kepada Anwar- Haji mahfudz Omar
"Sementara itu, para pengunjung dan pelancong yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi tadi terpinga-pinga dengan pengumuman yang dibuat oleh pengurusan KLIA.
Pengumuman "Perhatian kepada semua penumpang, polis sedang mengadakan latihan keselamatan. Kepada pihak yang tidak berkenaan diminta beredar dari sini" yang dibuat oleh pengurusan KLIA tersebut telah menimbulkan tanda tanya kepada para pengunjung terutamanya kepada pelancong pada pagi tadi.
Ini disebabkan alasan 'latihan keselamatan' yang digunakan untuk menjustifikasikan kawalan dan sekatan yang dikenakan oleh pihak polis semasa ketibaan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak benar dan mengelirukan. "
Peristiwa ini mengingatkan saya pada subjek Constitutional Law II, dalam Federal Contitution of Malaysia sudah diperuntukkan article 10(1)(b) akan freedom of assembly. Walaupun kebebasan ini punya limitation dan restriction dalam article 10(2) kebebasan freedom of assembly, juga freedom of speech and expression, dan freedom of association adalah tidak absolute dan total if it against public order, public health and morality.
Tapi sayang, saya tidak nampak yang perhimpunan menyambut kepulangan Dato' Seri Anwar Ibrahim mampu mengancam keselamatan negara juga membawa huru hara. Bukankah perhimpunan itu diadakan secara aman? Malah dalam suratkhabar kelmarin polis telah memberi amaran agar tidak menyertai perhimpunan ini kerana tiada permit.
Dalam kes Cheah Beng Neoh, bilamana mahkamah memutuskan, perhimpunan adalah haram walaupun spontaneous jika tanpa permit. Semua itu tertakluk pada section 20 Police Act. Saya kira, persoalan disini bukanlah sama ada freedom of assembly itu adalah hak secara absolute atau total, tapi persoalan adakah police authority is an appropriate and proper authority yang diberi kuasa untuk menghalang perhimpunan secara aman, juga yang diberi absolute power untuk mengeluarkan permit dan lesen, yang mana kuasa besar yang diberikan itu boleh membawa kepada misuse and abuse of power. Sepertimana kerajaan yang diberi kuasa yang besar dalam Printing Presses and Publication Act untuk menutup (atau melingkupkan) suratkhabar, majalah dan sebagainya. Restriction itu tidak salah(malah kadang-kadang perlu), tapi ia menjadi salah bilamana restriction itu menjadi tidak munasabah dan digunakan sewenang-wenangnya.
Bukankah assembly is a vehicle towards democracy?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home